Pentadbiran Harta Pusaka

Wasiat dan Masyarakat Islam di Malaysia

Monday, December 19, 2005

Pentadbiran Harta Pusaka

Perancangan Pusaka Islam

Muqaddimah

Selama ini, umat Islam khususnya masyarakat Melayu, kurang diberi pendedahan akan kepentingan merancang Pusaka. Mereka seringkali membuat pelbagai andaian yang tidak tepat terhadap konsep perancangan Pusaka. Diantaranya ialah mereka terlalu bergantung kepada Hukum Faraid dalam menentukan cara pembahagian pusaka. Malah, ada yang berpendapat bahawa orang Islam tidak boleh membuat Wasiat kerana Akta Wasiat 1959 tidak terpakai kepada umat Islam. Tidak kurang juga yang beranggapan bahawa tiada keperluan untuk berwasiat kerana ia hanya boleh diberi kepada bukan waris sedangkan mereka tidak mempunyai anak angkat ataupun tidak cenderung untuk membuat amal jariah.

Perancangan Pusaka merupakan satu kaedah yang membolehkan seseorang individual menyusun strategi bagi memastikan halatuju harta Pusaka yang bakal ditinggalkan demi kepentingan waris. Perlantikan Wasi yakni pentadbir Pusaka, senarai waris, senarai harta dan hutang yang telah dinyatakan di dalam Surat Wisoyah serta hasrat Pewaris yang dinyatakan di dalam Surat Wasiyyah, Surat Hibah, Surat Harta Sepencarian dan Surat Faraid Waris, dapat memendekkan masa yang diambil bagi proses penyelesaian Pusaka di samping menjamin kebajikan waris-waris yang ditinggalkan serta mengelakkan berlakunya persengketaan dan perpecahan di kalangan ahli keluarga.

Terdapat perbezaan dari segi maksud Wisoyah dan Wasiyyah. Wisoyah adalah “Wasiat Pentadbiran Pusaka” yang mana Surat Wisoyah adalah satu dokumen pengamanahan yang mengutamakan perlantikan Wasi yang akan melaksanakan arahan dan pesanan Pewaris. Manakala Wasiyyah ialah “Wasiat Iqrar Pemberian” yakni pemberian tidak melebihi 1/3 daripada harta Pemberian Wasiyyah kepada bukan waris bagi tujuan amal jariah.

Sejajar dengan konsep Islam Hadhari serta permasalahan Pusaka masa kini yang meninggalkan kepincangan kepada institusi kekeluargaan dan pembangunan ekonomi negara, ZAR Perunding Pusaka Sdn. Bhd. (“ZAR”) telah membuka jalan kepada umat Islam untuk membuat perancangan Pusaka demi keluarga tersayang dengan menyediakan produk-produk Perancangan Pusaka yang terperinci. Tambahan lagi, ZPP juga dilantik sebagai rakan strategic Amanah Raya Berhad (“ARB”) yang mana melalui kerjasama yang terjalin, ARB telah bersetuju menjadi Wasi Pilihan (“Preferred Executor”) dan bertanggungjawab untuk menyelesai semua masalah pusaka bagi setiap kes di mana ARB dilantik sebagai Wasi.

Oleh itu, rancanglah Pusaka anda sebelum terlambat kerana setelah harinya tiba penyesalan tidak berguna lagi. Maka, terkapai-kapailah anak isteri mencari tempat bergantung tanpa sumber pendapatan kerana hak mereka dibekukan, tidak dapat dibahagikan akibat tiada perancangan dibuat.

Sayangi keluarga anda,
BerWisoyah lah untuk mereka

Perancangan Pusaka Islam

Masyarakat Jahil Tentang Pembahagian HARTA PUSAKA?

Sebelum harta pusaka dibahagikan (faraidh), waris mesti selesaikan 4 perkara terlebih dahulu iaitu:
1. Belanja menguruskan jenazah
- Mandi, kafan dan kebumi
2. Jelaskan hutang si mati
- Hutang dengan Allah swt
- Hutang sesama manusia
3. Wasiat (jika ada) dengan syarat
- Tidak lebih 1/3 dari harta bersih
4. Harta sepencarian
5. Hibah
6. Selebihnya barulah di FARAIDH mengikut ketentuan syarak

MENGAPA ORANG ISLAM TIDAK RAMAI MERANCANG PUSAKA?
1. KESEDARAN
- Tak tahu hak sendiri @ Bukan aku punya hal
- Masalah Tak Tahu Di Mana Nak Dapat Maklumat
- Tak Pernah Dengar @ Tiada Harta
2. TANGGAPAN
- Faraid @ Ada Peguam
- Akta Wasiat 1959?
- Belum Masa @ Pandai2 Waris

RENUNGAN BERSAMA
1. 161,035 mohon tuntut harta pusaka
- Isu waris tidak tahu cara mohon pusaka, tidak tahu cara pembahagian pusaka hingga berlaku kematian berlapis – Berita Harian / 20 Sept 2000
2. 90 waris dapat 1.8 meter persegi tanah seorang
- Isu waris lambat bahagi harta pusaka – Berita Harian / 5 Ogos 2000
3. Penama tidak boleh bolot
- Keputusan Majlis Fatwa Mengenai caruman KWSP dan Perkeso
4. RM 32 billion nilai harta pusaka orang Islam beku / tidak dapat diselesaikan kerana tiada PERANCANGAN
- Masalah pusaka, harta beku tidak dpt dimajukan, keliru penama, timbul isu harta sepencarian, wasiat, hibah, faraidh, termakan harta anak yatim

FARAIDH

PENGERTIAN

FARAIDH: Bahagian-bahagian yang telah ditetapkan oleh syara’ bagi ahli waris.
ILMU FARAIDH: Ilmu mengenai cara pembahagian harta pusaka yang ditinggalkan oleh seseorang yang meninggal dunia kepada orang-orang yang berhak menerimanya.

ASAS HUKUM


  • Al-Quran: Ayatul Mawarith:
    Al-Nisa’: 11, 12 & 176
  • Hadith Nabi, antaranya:
    “Berikanlah bahagian-bahagian yang telah ditetapkan kepada yang berhak menerimanya; kemudian bakinya bagi saudara lelaki yang terdekat”.
  • Ijma’.

RUKUN PUSAKA
1. Pewaris (si mati) – iaitu orang yang meninggal dunia dan warisnya berhak untuk mewarisi harta peninggalannya.
2. WARIS – iaitu mereka yang berhak atas pusaka disebabkan:
a) Nasab
b) Nikah
c) Wala’
d) Islam
3. Tarikah – iaitu harta peninggalan si mati (apa yang ditinggalkannya sama ada harta atau hak yang dimilikinya semasa hayatnya dan berkekalan hingga kematian).

SYARAT-SYARAT PUSAKA
1. Mati Pewaris
• Mati Hakiki
• Mati Hukmi – Hilang dibuktikan dengan:
a) Anggapan kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah mengikut seksyen 108, Akta Keterangan 1950 selepas tujuh tahun dari tarikh kehilangannya.
b) Anggapan kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah mengikut enakmen keluarga Islam negeri-negeri. Cthnya:
- Wilayah Persekutuan / Seksyen 53(1) – 4 Tahun
- Terengganu / Seksyen 50(1) – 7 Tahun
2. Hidup waris
3. Tidak terdinding
4. Tiada halangan yang mencegah dari menerima pusaka.
- Berlainan agama
- Membunuh

PRODUK PERANCANGAN PUSAKA ISLAM

INSTRUMEN PERANCANGAN
1. WISOYAH
– Surat Wisoyah
2. WISOYAH AMAL
– Surat Wasiyyah
3. WISOYAH NILAI
– Surat Faraid Waris
4. WISOYAH KASIH
– Surat Harta Sepencarian
5. WISOYAH HIBAH
– Surat Hibah Harta Bercagar


SURAT WISOYAH

- WASIAT PENTADBIRAN PUSAKA
DOKUMEN BERTULIS YANG MENYATAKAN HASRAT ATAU NIAT PEWARIS MENGENAI PENTADBIRAN HARTA PUSAKA.
– PENAMAAN WASI
– ARAHAN AMANAH KEPADA WASI
• ARAHAN PENTADBIRAN DAN LANTIKAN
• ARAHAN BAYAR HUTANG
• ARAHAN PELAKSANAAN
– SENARAI WARIS DAN AGIHAN MENGIKUT HUKUM FARAID
– SENARAI HARTA
– SENARAI HUTANG
– SALAM TERAKHIR KEPADA WARIS


KRITERIA LANTIKAN DAN TANGGUNGJAWAB WASI / PENTADBIR
• AMANAH
• BERKESANGGUPAN
• PRO-AKTIF
• BERPELAJARAN
• MENYELESAIKAN HUTANG DAN MENGAGIHKAN HARTA PUSAKA
• SYARIKAT PENGAMANAHAN SEBAGAI WASI / PENTADBIR


SURAT WASIYYAH

WASIAT IQRAR PEMBERIAN
DOKUMEN BERTULIS YANG MENYATAKAN HASRAT PEMBERI WASIYYAH UNTUK MENYUMBANG TIDAK LEBIH 1/3 DARIPADA HARTANYA KEPADA BUKAN WARIS BAGI TUJUAN AMAL JARIAH
• AMAL JARIAH
• ANAK ANGKAT


SURAT FARAID WARIS

KENALPASTI HARTA UNTUK WARIS PILIHAN
DOKUMEN PERANCANGAN UNTUK MENGAGIHKAN HARTA PUSAKA MENGIKUT NILAI (SETELAH NISBAH DAN NILAI BERSIH HARTA PUSAKA DIKETAHUI) DAN BERKATEGORIKAN WARIS
• MASALAH PENAMA KWSP
• PEMBAHAGIAN WANG INSURANS / TAKAFUL
• MULTI LEVEL MARKETING (MLM)


SURAT HARTA SEPENCARIAN

LAMBANG KASIH SUAMI ISTERI
DOKUMEN PENGISYTIHARAN KADAR HARTA SEPENCARIAN OLEH SUAMI ATAU ISTERI KE ATAS PASANGANNYA MERUJUK KEPADA TAHAP SUMBANGAN YANG TELAH DIBERIKAN KE ATAS PEOLEHAN HARTA TERSEBUT
• POLIGAMI
• TIADA ZURIAT


SURAT HIBAH

PEMBERIAN KASIH DAN SAYANG
DOKUMEN BERTULIS YANG MENYATAKAN PEMBERIAN PIHAK
PEMBERI HIBAH KE ATAS SEBAHAGIAN ATAU KESELURUHAN
HARTANYA KEPADA AHLI WARIS ATAU BUKAN WARIS
BERLANDASKAN PRINSIP YANG DIBENARKAN HUKUM SYARA’

• HIBAH AMANAH UNTUK ANAK BAWAH UMUR
• HIBAH HARTA BERCAGAR


GOLONGAN YANG PERLU MERANCANG
SEMUA ORANG ISLAM BEKERJA DAN MEMPUNYAI TANGGUNGAN KELUARGA



1 Comments:

  • At 5:40 PM, Blogger mansid said…

    Satu blog yang baik dalam membincangkan mengenai perancangan harta pusakan orang Islam. Salam dari: Penulis Wasiat

     

Post a Comment

<< Home